Himpunan amalan pembuka rezeki
Al-miftah bermaksud kunci. Di dalam karya ini, Al-Miftah merujuk kepada kunci bagi pintu rezeki. Rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit. Tetapi ia hakikatnya membawa maksud yang sangat luas merangkumi kewangan, kesihatan, kebahagiaan, kemudahan dalam setiap urusan dan lain-lain lagi.
Namun, dalam kehidupan ini terlalu banyak rintangan yang sering membuatkan kita buntu untuk mencari punca rezeki. Oleh itu, panduan terbaik sangat diperlukan agar kita dapat membuka pintu rezeki tersebut berupa amalan-amalan yang dituntut oleh syarak. Justeru karya ini diterbitkan untuk tujuan tersebut.
Semoga kita dapat mengamalkan bacaan-bacaan yang terdapat di dalam buku ini sebagai ikhtiar kita untuk memperoleh rezeki yang diberkati.